Pagi tadi saya umumkan harga RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter akhir September ini khusus untuk rakyat Malaysia, ketimbang RM2.50 harga pasaran. Inisiatif hasil penyasaran subsidi ini akan memanfaatkan lebih 18 juta rakyat termasuk belia, penunggang motosikal dan pengusaha gig. Saya mohon maaf kerana janji ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Ketika amanah ini dipikul, negara dibebani hutang tinggi dan ekonomi yang suram. Tapi saya tidak pernah berhenti berikhtiar menarik pelaburan, menjana peluang dan merintis jalan keluar. Alhamdulillah, hari ini kita mulai tuai hasilnya. Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus berjuang memulihkan ekonomi untuk menjamin keselesaan dan mengangkat darjat setiap rakyat Malaysia. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #BersamaMalaysiaku
96,45K