Trendaavat aiheet
#
Bonk Eco continues to show strength amid $USELESS rally
#
Pump.fun to raise $1B token sale, traders speculating on airdrop
#
Boop.Fun leading the way with a new launchpad on Solana.

Anwar Ibrahim
Prime Minister of Malaysia 🇲🇾
Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui gencatan senjata mulai tengah malam ini.
Inilah bukti nyata kekuatan diplomasi ASEAN yang berpaksikan muafakat, rundingan dan prinsip kemanusiaan. Malaysia bukan sekadar memimpin, tetapi turut memainkan peranan penting sebagai pemudah cara, tuan rumah dan saksi kepada kejayaan persefahaman bersejarah ini.
Saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan serantau dan kuasa-kuasa besar yang turut menyokong usaha damai ini.
ASEAN kekal bersatu dan berprinsip. Sama-sama kita doakan rantau ini kekal aman, stabil dan makmur demi masa depan bersama.
#ASEAN
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
58,1K
Tengah hari tadi saya di Putrajaya untuk mengadakan pertemuan bersama KEADILAN Wilayah Persekutuan, di mana saya ingatkan anggota-anggota agar terus berpegang pada seruan islah mastata’tum yakni berusaha melakukan perubahan sedaya upaya. Kita tidak mampu menyempurnakan segalanya dalam sekelip mata, tetapi reformasi ini tetap kita bawa ke hadapan, setahap demi setahap.
Dalam menyusun langkah, teguran dan peringatan dalam perjuangan harus diraikan. Saya ucap terima kasih kepada semua yang berhimpun semalam kerana ia berlangsung secara aman. Saya sentiasa bersedia mendengar apa jua teguran dan kritikan, namun sedikit kesal kerana tiada isu pokok yang diketengahkan. Yang kedengaran cuma satu: “Turunkan Anwar.”
Ketua Pembangkang pula dikatakan mahu membawa usul undi tidak percaya. Silakan. Ini negara demokrasi. Usul itu satu proses yang sah. Jika cukup jumlah, bawa saja ke Parlimen.
Saya tidak pernah mendakwa kerajaan ini sempurna. Tapi kita tidak sombong untuk membetulkan kelemahan. Apa yang kurang, akan kita baiki. Apa yang belum selesai, akan kita usahakan. Namun reformasi itu mesti dilaksanakan secara berfasa agar dapat diterima, difahami dan berkekalan.
Wilayah Persekutuan sejak awal menjadi antara benteng perjuangan KEADILAN. Tapi kekuatan ini hanya bermakna jika terus berpaksikan nilai dan gerak kerja akar umbi. Cabang-cabang mesti terus hidup dengan program yang benar-benar menyantuni rakyat tanpa mengira kaum, umur atau latar.
Kita turunkan harga RON95 kepada RM1.99 untuk rakyat Malaysia dengan menarik subsidi daripada warga asing. Ini langkah berani dan rasional demi memastikan wang negara dimanfaatkan oleh rakyat terbanyak dan membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, tanpa meruntuhkan asas ekonomi negara.
Akhirnya, KEADILAN mesti kekal sebagai parti masa depan, parti yang terbuka menerima teguran, matang dalam bertindak dan bersatu dalam tujuan. Kita bukan sempurna. Tapi kita jujur, dan selagi ada kejujuran serta semangat untuk membaiki, kita akan terus mara melangkaui mereka yang hanya tahu menjerit tanpa arah dan tawaran.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI




19,27K
Bahas ini bukan sekadar gelanggang berhujah. Ia medan membentuk watak, mendidik jiwa dan menyemai adab dalam menegak hujah.
Hari ini saya telah merasmikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50, dengan tajuk yang amat mencabar, yakni, “Pengintegrasian Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Sistem Pendidikan Menjadi Cabara Bagi Memperkukuh Reformasi Pendidikan Selaras Dengan Revolusi Industri 5.0”.
Saya percaya negara yang madani tidak hanya berteraskan teknologi atau AI semata, tetapi juga dipandu oleh nilai, akhlak dan adab. Kita boleh berbeza pandangan, boleh tegas dalam menyampaikan hujah tetapi mesti kekal pada landasan ilmu dan intelek.
Pertandingan ini mencerminkan betapa anak-anak kita bukan sahaja bijak berhujah, tetapi juga kukuh nilai dan teguh akidah. Mereka menguasai ilmu, tetapi tetap berpijak di bumi dengan rendah hati.
Saya sendiri pernah menyertai debat semasa Tingkatan Lima. Dari situ saya belajar, bahawa kekuatan berbahas bukan hanya pada hujah yang kita ketengahkan, tetapi pada disiplin akal dan kematangan emosi.
Sebagai suntikan semangat sempena ulang tahun ke-50 pertandingan ini, saya turut menghadiahkan sebuah piala baharu yang akan digunakan dalam edisi-edisi akan datang sebagai simbol penghargaan kepada semangat intelektual dan budaya ilmu anak bangsa.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Teruskan menyuburkan budaya ilmu dan adab demi Malaysia yang lebih bijaksana dan berakhlak tinggi.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI




39,37K
Mengadakan pertemuan penuh makna bersama pimpinan dan anggota KEADILAN dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Pertemuan ini sarat dengan perbincangan isu semasa termasuk sesi penerangan terkait pengumuman buat rakyat tempoh hari selain hala tuju perjuangan dan pengukuhan kekuatan parti.
Saya tekankan bahawa setiap cabang mesti terus turun santuni rakyat, perkemas gerak kerja dan jangan sekali-kali rasa selesa.
Pimpinan pelbagai kaum juga mesti pastikan segala dasar, inisiatif dan bantuan yang diumumkan Kerajaan MADANI diterangkan dengan jelas kepada rakyat. Jangan biar mereka dikelirukan oleh naratif serong pembangkang.
KEADILAN ini sebuah keluarga besar. Maka, kita perlu sentiasa memperkukuh hubungan sesama kita, terus maju ke hadapan dan bawa perubahan demi rakyat dan masa depan negara.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BersamaMalaysiaku
#KitaKEADILAN




26,06K
Saya berkesempatan meninjau kemajuan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan MUDA, khususnya di Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam, Kedah.
Inisiatif ini amat dekat di hati saya. Justeru, pelaksanaan yang pantas dan penyelarasan yang berkesan amat penting bagi meningkatkan keupayaan pesawah tempatan serta memastikan hasil tuaian yang lebih mampan.
Saya menyeru Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) agar terus bertindak dengan segera dan secara bersepadu untuk menjayakan agenda penting ini.
Saya yakin bahawa ikhtiar berani Kerajaan MADANI ini akan membawa reformasi menyeluruh kepada ekosistem industri padi dan beras negara sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import dan memperkukuh kadar sara diri beras negara.
Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara pesawah, memahami keperluan mereka, dan berazam untuk terus memperkasa sektor ini melalui pelbagai sokongan serta inisiatif berterusan.
Inilah bukti keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membela nasib petani tulang belakang sektor agromakanan negara.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BersamaMalaysiaku




18,6K
I was saddened to learn of the plane crash in Russia’s Far East. My thoughts are with the families who have lost their loved ones.
In times like this, we are reminded of how fragile life is, and how connected we all are, across distance and borders. It also reminds us that our shared humanity matters more than geopolitics.
Malaysia conveys its condolences to the Russian people. We stand in quiet solidarity with all who mourn.
ANWAR IBRAHIM
Photo: Russian Investigative Committee

23,03K
Petang ini, saya telah menghubungi Perdana Menteri Kerajaan Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand Phumtham Wechayachai bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
Dalam perbualan tersebut, atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, saya merayu kepada kedua-dua pemimpin agar segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk serta membuka ruang untuk dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik.
Saya menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan perkara ini. Malaysia bersedia untuk membantu dan memudahkan proses ini atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama.
Saya amat yakin bahawa kekuatan ASEAN terletak pada solidaritinya, dan keamanan mesti sentiasa menjadi pilihan kolektif kita yang tidak berbelah-bahagi.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
///
This evening, I spoke with both the Prime Minister of the Kingdom of Cambodia, Hun Manet, and the Acting Prime Minister of the Kingdom of Thailand, Phumtham Wechayachai, expressing Malaysia’s deep concern over the escalation of tensions along their border.
In our conversations, in Malaysia's capacity as ASEAN Chair for 2025, I appealed directly to both leaders for an immediate ceasefire to prevent further hostilities and to create space for peaceful dialogue and diplomatic resolution.
I welcome the positive signals and willingness shown by both Bangkok and Phnom Penh to consider this path forward. Malaysia stands ready to assist and facilitate this process in the spirit of ASEAN unity and shared responsibility.
I firmly believe that ASEAN’s strength lies in its solidarity and that peace must always be our collective and unwavering choice.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja

101,35K
Peluncuran Sejahtera MADANI hari ini membuka lembaran baharu dalam pendekatan kita menangani kemiskinan dan miskin tegar. Ia menghimpunkan kekuatan sektor korporat dan swasta dalam usaha bersama kerajaan melalui intervensi pendidikan, peningkatan pendapatan, perumahan dan kebajikan.
Inisiatif ini adalah kesinambungan kepada usaha Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan tegar. Sejak 2023, hampir 150,000 isi rumah berjaya keluar daripada kelompok miskin tegar dan harapan saya, menerusi Sejahtera MADANI, mereka ini dapat diangkat sepenuhnya daripada kepompong kemiskinan.
Alhamdulillah, sambutan korporat amat menggalakkan. Sasaran awal RM50 juta telah dilangkaui dengan komitmen mencecah RM120 juta sebelum pelancaran rasmi hari ini, mencerminkan kesediaan sektor swasta untuk memikul tanggungjawab sosial ini secara bersama.
Kerajaan akan terus menyelaras usaha ini. Sama ada sumbangan besar mahupun kecil, yang penting ialah keikhlasan dan kesanggupan untuk turun padang menyumbang masa, tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan bersama.
Malaysia ialah negara hebat dengan rakyat yang berhati besar. Dengan semangat Sejahtera MADANI, marilah kita berganding bahu membina masa depan yang lebih adil, inklusif dan sejahtera tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku




11,8K
Tanggungjawab mengeluarkan fatwa merupakan tugas yang luhur dan penting dalam menjawab, menjelaskan hukum demi pencerahan dan kefahaman umat.
Perkara ini saya singgung semasa pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang diketuai Sahibus Samahah, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Institusi fatwa perlu bergerak secara kolektif dengan fatwa yang ingin dikeluarkan adalah hasil dari perolehan maklumat, analisa mendalam terhadap sesuatu permasalahan dari golongan yang pakar dan berkelayakan.
Umat perlukan fatwa yang menepati realiti setempat dan juga zaman selain mewujudkan kemahiran baru untuk berinteraksi dengan permasalahan dan isu semasa supaya bagi manfaat umum.
Kami juga bertukar pandangan mengenai perkembangan ilmu khususnya hal ehwal fiqh, maqasid syariah dan ikhtiar mengukuhkan penyelidikan isu berkaitan fatwa.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja




18,12K
Johtavat
Rankkaus
Suosikit
Ketjussa trendaava
Trendaa X:ssä
Viimeisimmät suosituimmat rahoitukset
Merkittävin