Tanggungjawab mengeluarkan fatwa merupakan tugas yang luhur dan penting dalam menjawab, menjelaskan hukum demi pencerahan dan kefahaman umat. Perkara ini saya singgung semasa pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang diketuai Sahibus Samahah, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini. Institusi fatwa perlu bergerak secara kolektif dengan fatwa yang ingin dikeluarkan adalah hasil dari perolehan maklumat, analisa mendalam terhadap sesuatu permasalahan dari golongan yang pakar dan berkelayakan. Umat perlukan fatwa yang menepati realiti setempat dan juga zaman selain mewujudkan kemahiran baru untuk berinteraksi dengan permasalahan dan isu semasa supaya bagi manfaat umum. Kami juga bertukar pandangan mengenai perkembangan ilmu khususnya hal ehwal fiqh, maqasid syariah dan ikhtiar mengukuhkan penyelidikan isu berkaitan fatwa. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja
18,02K