Mengadakan pertemuan penuh makna bersama pimpinan dan anggota KEADILAN dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Pertemuan ini sarat dengan perbincangan isu semasa termasuk sesi penerangan terkait pengumuman buat rakyat tempoh hari selain hala tuju perjuangan dan pengukuhan kekuatan parti. Saya tekankan bahawa setiap cabang mesti terus turun santuni rakyat, perkemas gerak kerja dan jangan sekali-kali rasa selesa. Pimpinan pelbagai kaum juga mesti pastikan segala dasar, inisiatif dan bantuan yang diumumkan Kerajaan MADANI diterangkan dengan jelas kepada rakyat. Jangan biar mereka dikelirukan oleh naratif serong pembangkang. KEADILAN ini sebuah keluarga besar. Maka, kita perlu sentiasa memperkukuh hubungan sesama kita, terus maju ke hadapan dan bawa perubahan demi rakyat dan masa depan negara. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #BersamaMalaysiaku #KitaKEADILAN
25,71K