Bahas ini bukan sekadar gelanggang berhujah. Ia medan membentuk watak, mendidik jiwa dan menyemai adab dalam menegak hujah. Hari ini saya telah merasmikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50, dengan tajuk yang amat mencabar, yakni, “Pengintegrasian Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Sistem Pendidikan Menjadi Cabara Bagi Memperkukuh Reformasi Pendidikan Selaras Dengan Revolusi Industri 5.0”. Saya percaya negara yang madani tidak hanya berteraskan teknologi atau AI semata, tetapi juga dipandu oleh nilai, akhlak dan adab. Kita boleh berbeza pandangan, boleh tegas dalam menyampaikan hujah tetapi mesti kekal pada landasan ilmu dan intelek. Pertandingan ini mencerminkan betapa anak-anak kita bukan sahaja bijak berhujah, tetapi juga kukuh nilai dan teguh akidah. Mereka menguasai ilmu, tetapi tetap berpijak di bumi dengan rendah hati. Saya sendiri pernah menyertai debat semasa Tingkatan Lima. Dari situ saya belajar, bahawa kekuatan berbahas bukan hanya pada hujah yang kita ketengahkan, tetapi pada disiplin akal dan kematangan emosi. Sebagai suntikan semangat sempena ulang tahun ke-50 pertandingan ini, saya turut menghadiahkan sebuah piala baharu yang akan digunakan dalam edisi-edisi akan datang sebagai simbol penghargaan kepada semangat intelektual dan budaya ilmu anak bangsa. Tahniah kepada semua yang terlibat. Teruskan menyuburkan budaya ilmu dan adab demi Malaysia yang lebih bijaksana dan berakhlak tinggi. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI
39,41K